Pergi ke kandungan

Partai Golongan Karya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 2778887 pada 22:54, 7 Mac 2013 oleh Addbot (bincang | sumb.) (Bot: Memindahkan 10 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q1536552)
Partai Golongan Karya
PemimpinMuhammad Jusuf Kalla (Pengerusi Kebangsaan)
Agung Laksono (Timbalan Pengerusi)
Ditubuhkan1964
WarnaKuning

Partai Golongan Karya (Partai Golkar) merupakan parti politik yang terbesar di Indonesia. Ia bermula dengan kebangkitan Sekber Golkar oleh angkatan darat pada akhir pemerintahan Presiden Sukarno untuk menandingi pengaruh Parti Komunis Indonesia dalam bidang politik. Dalam perkembangannya, Sekber Golkar menukarkan gelarannya kepada "Golongan Karya" dan menjadi salah satu peserta dalam pilihanraya.

Dalam Pilihanraya 1971 (pilihanraya yang pertama dalam pemerintahan Perintah Baru Presiden Suharto, Golongan Karya termuncul sebagai pemenang, dan kemenangan ini diulangi pada pilihanraya-pilihanraya yang seterusnya, yakni Pilihanraya 1977, 1982, 1987, 1992, dan 1997. Kejadian ini dapat dimungkinkan kerana pemerintahan Suharto membuat kebijakan-kebijakan yang sangat mendukung kemenangan Golkar, seperti peraturan monoloyalitas PNS dan sebagainya.

Pada penamatan pemerintahan Suharto dan semasa reformasi bergulir, Golkar menukarkan gelarannya sekali lagi menjadi "Parti Golkar", dan untuk kali pertama, mengikuti pilihanraya tanpa apa jua bantuan seperti yang terdapat pada masa pemerintahan Suharto. Pada Pilihanraya 1999 yang diselenggarakan oleh Presiden Jusuf Habibie, perolehan Parti Golkar turun menjadi peringkat kedua.

Ketidakpuasan terhadap pemerintahan Megawati menjadi salah satu sebab rakyat Indonesia mengembalikan Parti Golkar di Pilihanraya 2004. Parti Golkar sekarang dipimpin oleh Jusuf Kalla, Ketua Umum DPP Golkar.

Lihat juga

Pautan luar