Sejarah ialah penafsiran tentang peristiwa, masyarakat dan tamadun lepas. Istilah sejarah berasal daripada Bahasa Arab "syajarah" [ﺸﺟﺭﺓ] yang bererti pohon atau pokok kerana konsep sejarah berkait dengan salasilah keluarga yakni berbentuk akar pokok. Istilah ini dipadankan dengan istilah Inggeris history yang berasal daripada bahasa melayu "satu cerita tentang seseorang," dengan kata Khalifah Islam Peristiwa ini.Inggerisstory. menyatakan bahawa "sejarah dengan maksud lebih luas ialah semua yang telah berlaku, bukan hanya semua fenomena kehidupan manusia, tetapi juga tentang dunia semulajadi. Segala yang mengalami perubahan, seperti yang ditunjukkan oleh sains moden bahawa tidak ada yang statik mutlak; oleh itu, seluruh alam semesta, dan setiap bahagiannya, mempunyai sejarahnya."
Konfrontasi Indonesia-Malaysia ialah sebuah konflik akibat daripada pembangkangan politik dan tentera Indonesia kepada pembentukan Malaysia atau penyatuan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia Barat) dengan tanah jajahan mahkota/naungan British di Sabah dan Sarawak (secara kolektif dikenali sebagai British Borneo, Malaysia Timur) pada bulan September 1963. Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya menentang penjajahan di Nusantara sebagai perang mengenai masa depan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak dan menyalakan semula semangat anti-penjajahan terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Slogan Ganyang Malaysia turut lahir dari peristiwa ini.
Bantulah mengembangkan rencana-rencana yang berkaitan dengan sejarah. Anda juga boleh memuatkan rencana-rencana yang berkaitan dengan sejarah sekiranya rencana tersebut masih belum wujud.
Sekiranya anda berminat untuk menyumbang di laman ini atau berminat untuk memulakan rencana baru yang berkaitan dengan sejarah, taipkan nama pengguna anda di sini. Kerjasama anda amat dihargai.