Pergi ke kandungan

Masidi Manjun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 4903512 pada 05:11, 2 Oktober 2020 oleh NikoUMS (bincang | sumb.) (→‎Kehidupan awal)
YB Datuk Seri Panglima Haji

Masidi Manjun

SPDK, PGDK (Sab); KMN, AMN
Fail:YB Masidi Manjun.jpg
Menteri Kewangan II Sabah
Memegang jawatan
29 September 2020
Berkhidmat dengan
Hajiji Mohd Noor (Menteri I)
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Mohd Noor
Kawasan pilihan rayaKaranaan
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
Memegang jawatan
29 September 2020
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Mohd Noor
Didahului olehJaujan Sambakong
Kawasan pilihan rayaKaranaan
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Karanaan
Memegang jawatan
2004
Didahului olehKonstituensi baharu
Butiran peribadi
LahirMasidi bin Manjun @ Masdi
(1951-06-02) 2 Jun 1951 (umur 73)
Ranau, Sabah
Parti politik BERSATU (sejak 2020)
BERSATU (2019-2020)
UMNO (-2019)
PasanganDatin Seri Panglima Nur Farizah Abdullah
Anak-anak6
Alma materUniversiti London
PekerjaanAhli politik
KabinetKabinet Sabah

Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi Manjun merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Karanaan sejak tahun 2004. Beliau kini menyandang jawatan sebagai Menteri Kewangan II Sabah merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.[1] Beliau juga menyandang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) sejak 3 Ogos 2020. Datuk Masidi Manjun merupakan bekas Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.[2]

Kehidupan awal

Yang Berhormat Datuk Seri Panglima merupakan anak watan negeri Sabah yang dilahirkan di Ranau, Sabah. Beliau telah berkahwin dengan Datin Nur Farizah Abdullah dan mempunyai 6 orang anak.[3] Datuk Masidi Manjun telah memperoleh ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti London pada tahun 1977 dan menjadi Barrister-at-Law dengan Kepujian di Lincoln's Inn, London pada tahun 1979.

Politik

Beliau adalah antara pemimpin UMNO di Sabah sehingga 2019. Selepas Barisan Nasional mengalami kekalahan pada PRU 14, beliau dan beberapa orang ahli UMNO telah bertindak untuk keluar dari UMNO.[4]

Mereka kemudiannya telah menyertai BERSATU, sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan.[5]

Keputusan pilihan raya

Dewan Undangan Negeri Sabah[6][7][8]
Tahun Kawasan pilihan raya Undi Peratus Penentang Undi Peratus Pungutan suara Majoriti Muncul sebagai
2004 N30 Karanaan, P179 Ranau Masidi Manjun (UMNO) 6,519 90.72% Mohd Mian Mohd Ali (BEBAS) 413 5.75% 7,332 6,106 68.90%
Sutian Kendilong (SETIA) 254 3.53%
2008 Masidi Manjun (UMNO) 6,505 82.40% Atin Naisin (PKR) 1,389 17.60% 8,010 5,116 72.45%
2013 Masidi Manjun (UMNO) 6,292 58.44% Muhiddin Anas Yusin (PKR) 2,792 25.94% 10,331 3,500 83.10%
Jalibin Paidi (STAR) 1,067 9.91%
Mat Jaili Samat (BEBAS) 615 5.71%
2018 Masidi Manjun (UMNO) 6,849 63.98% Chong Peck Hing (PKR) 3,067 28.65% 10,928 3,782 80.80%
Aman Manaf (PHRS) 685 6.40%
Juhaili Sidek (PKAN) 104 0.97%
2020 N37 Karanaan, P179 Ranau Masidi Manjun (BERSATU) 6,696 73.70% Yasin Abdul Ghani (WARISAN) 1,882 20.71% 9,086 4,814 67.68%
Hadzrul Masnin (PCS) 434 4.78%
Md Tajuddin Sadi (USNO (Baru)) 74 0.81%

Anugerah

Datuk Masidi Manjun dikurniakan dengan kepujian berikut:

Pautan luar

Rujukan

  1. ^ Maklumat calon DUN Karanaan, Sabah
  2. ^ Profil ADUN Karanaan
  3. ^ Menteri Pelancongan Sabah bersama isteri
  4. ^ 13 wakil rakyat UMNO Sabah, termasuk pengerusi negeri keluar parti
  5. ^ 5 Ahli Parlimen, 8 ADUN dari Sabah serah borang BERSATU
  6. ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2018. Dicapai pada 1 April 2020.
  7. ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) – Results Overview". election.thestar.com.my.
  8. ^ "N53 Senallang". Malaysiakini. Dicapai pada 30 Mei 2020.