The growth of crop plants is greatly affected by the increased toxicity of metals. Luckily, certain beneficial bacteria can potentially reduce the effects of metal stress and promote the growth of the host plants. Many species of bacteria were reported as heavy metal tolerant and plant growth promoting, with very little or no report available concerning Enterobacter tabaci as heavy metal tolerant plant growth promoting. The present study aimed to evaluate the potential of Cadmium (Cd) tolerant Enterobacter tabaci 4M9 (CCB-MBL 5004) to alleviate heavy metals stress and enhance the growth of rice seedlings grown under Cd stress conditions. Rice seedlings were grown in Yoshida medium supplemented with different concentrations of Cd and inoculated with 4M9. The results showed that the inoculum tested successfully reduced oxidative stress in the seedlings by reducing the electrolyte leakage (EL) and increasing catalase (CAT) and superoxide dismutase (SOD) activities in the inoculated seedlings compared to the control counterparts. The results also revealed a significant increase in plant growth, biomass, and chlorophyll content of inoculated rice seedlings compared to the control. In general, the Cd tolerant E. tabaci 4M9 confers heavy metal alleviation and thereby improves the growth and survival of rice seedlings under Cd stress conditions. Therefore, the findings stated the potential of 4M9 for alleviating heavy metal stress and promoting the development of inoculated rice seedlings if accidentally grown under Cd-contaminated conditions.
Pertumbuhan tanaman sangat dipengaruhi oleh peningkatan ketoksikan logam. Sungguhpun begitu, terdapat bakteria bermanfaat tertentu yang berpotensi untuk mengurangkan kesan tekanan logam tersebut dan menggalakkan pertumbuhan tanaman perumah. Terdapat banyak spesies bakteria telah dilaporkan sebagai rintang logam berat dan berupaya menggalakkan pertumbuhan tanaman perumah, sungguhpun begitu terdapat sangat sedikit atau tiada laporan tersedia mengenai Enterobacter tabaci sebagai bakteria penggalak pertumbuhan dan pada masa sama rintang logam berat. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai potensi bakteria tahan terhadap kadmium (Cd) E. tabaci 4M9 (CCB-MBL 5004) untuk mengurangkan tekanan logam berat dan meningkatkan pertumbuhan anak benih padi yang ditanam di bawah keadaan tekanan Cd. Anak benih padi ditanam dalam medium Yoshida ditambah dengan kepekatan Cd yang berbeza dan diinokulat dengan 4M9. Keputusan menunjukkan bahawa inokulum yang diuji berjaya mengurangkan tekanan oksidatif anak benih melalui pengurangan kebocoran elektrolit (EL) dan meningkatkan aktiviti katalase (CAT) dan superoksida dismutase (SOD) dalam anak benih padi yang diinokulasi berbanding dengan rawatan kawalan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan ketara dalam pertumbuhan tumbuhan, biojisim, dan kandungan klorofil anak benih padi yang diinokulasi berbanding kawalan. Secara amnya, E. tabaci 4M9 yang tahan Cd berjaya pengurangan tekanan logam berat dan seterusnya dapat meningkatkan pertumbuhan dan kemandirian anak benih padi di bawah keadaan tekanan Cd. Oleh itu, penemuan ini telah berjaya menunjukkan potensi 4M9 untuk mengurangkan tekanan logam berat dan menggalakkan perkembangan anak benih padi berinokulasi jika ditanam secara tidak sengaja di bawah keadaan tercemar Cd.
Keywords: Cadmium Tolerant Bacteria; Catalase; Electrolyte Leakage; Plant Growth Enhancement; Superoxide Dismutase.
© Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2024.