Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Yang Berhormat Tuan Akmal Nasir | |
---|---|
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam | |
Memegang jawatan 12 Disember 2023 | |
Raja | Sultan Ibrahim Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Fadillah Yusof |
Didahului oleh | Jawatan Diwujudkan |
Timbalan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan | |
Dalam jawatan 10 Disember 2022 – 12 Disember 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Nga Kor Ming |
Didahului oleh | Ismail Abd Muttalib |
Digantikan oleh | Aiman Athirah Sabu |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P160 Johor Bahru, Johor | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Tan Sri Sharil @ Shahrir Ab Samad |
Majoriti | 19,782 (PRU-14) |
Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat | |
Dalam jawatan 2018–2021 | |
Timbalan | Hilman Idham |
Didahului oleh | Nik Nazmi bin Nik Ahmad |
Digantikan oleh | Adam Adli |
Butiran peribadi | |
Lahir | Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir 16 September 1986 Kuala Lumpur, Malaysia |
Parti politik | PKR |
Pasangan | Norhannaz Mohd |
Alma mater | Universiti Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat (BSc) |
Pekerjaan | Ahli politik |
YB Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (lahir 16 September 1986) ialah seorang ahli politik Malaysia. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau berjaya menawan kawasan parlimen P160 Johor Bahru, salah satu bandaraya terbesar di Malaysia atas tiket Pakatan Harapan dan Parti Keadilan Rakyat.[1] Beliau lebih dikenali sebagai YB Akmal Nasir dan kini telah bergelar sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru.
Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat setelah memenangi jawatan itu semasa pemilihan PKR 2018 dan menewaskan dua orang calon lain.[2] Beliau dikenali sebagai salah seorang ahli kem Rafizi Ramli, calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.[3][4]
Sebelum bergelar Ahli Parlimen, beliau merupakan pengasas dan pengarah satu pertubuhan NGO yang dikenali sebagai National Oversight and Whistleblower (NOW) bersama-sama dengan Rafizi Ramli. NOW bertanggunjawab dalam mendedahkan skandal-skandal kewangan negara yang besar ketika zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Antara skanda-skandal yang telah dibongkarkan yang mencetuskan fenomena dalam negara adalah seperti skandal NFC[5], yang melibatkan Shahrizat Abdul Jalil, dan penyalahgunaan dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Latar Belakang pendidikan[sunting | sunting sumber]
Akmal Nasir mendapat pendidikan rendah daripada Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar dan Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi, Johor Bahru. Beliau kemudian menyambung pelajaran di peringkat menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (Malay College Kuala Kangsar) dari tahun 1999 - 2003. Sepanjang berada di MCKK, beliau telah memegang beberapa jawatan persatuan dan mendapat beberapa anugerah akademik. Antaranya adalah:
- Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2003.
- Anugerah Pelajar Terbaik PMR 2001 (Agama Islam).
- Johan Kebangsaan Pertandingan Esei Keusahawanan
- Pengawas.
- Presiden, Kadet Bomba dan Penyelamat
- Presiden, Kelab Matematik
- Ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu, Sabah (sampai ke puncak).
- Penerima biasiswa Skim Pelajar Cemerlang selepas SPM
Selepas tamat persekolahan, beliau telah menerima tawaran biasiswa untuk menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat. Pada tahun 2004, beliau mengambil masa selama satu tahun untuk program persediaan di International Education College (INTEC) di Shah Alam.
Setelah selesai program persediaan, beliau menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat selama empat tahun (2005-2009). Beliau telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Sains Aktuari dan juga Ekonomi, serta turut menerima anugerah Dean's List pada tahun ketiga pengajian.
Karier politik[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya P160 JOHOR BAHRU Johor". Utusan Online. 10 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-25. Dicapai pada 17 November 2018. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Firdaus Azil (16 November 2018). "Akmal Nasir Ketua AMK baharu, tetapi di'boo' perwakilan". Astro Awani. Dicapai pada 17 November 2018. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Mohd. Hafiz Abd. Mutalib (11 Ogos 2018). "Calon dari kumpulan Rafizi punya kelebihan di Perlis". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-25. Dicapai pada 25 November 2018. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Fadzil Zainol (21 September 2018). "Kesetiaan kem Azmin dipertikai". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-25. Dicapai pada 25 November 2018. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ https://rafiziramli.com/2012/02/skandal-nfc-keluarga-dato-seri-shahrizat-jalil-mengumpul-aset-mewah-di-singapura/