Pergi ke kandungan

Baset perang Bretagne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Baset perang Bretagne
Baset perang Bretagne
Negara asalPerancis
Trait
Tinggi 32–38 cm (13–15 in)
Bulu sangat kasar, agak pendek
Warna perang kekuning-kuningan
Jangka hayat 10.4 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Baset perang Bretagne (pérang)[a] ialah satu baka anjing pemburu bertungkai pendek jenis anjing pemburu bau, yang pada asalnya dari Bretagne, sebuah bekas duci di Perancis.

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Baset perang Bretagne ialah anjing pemburu agak kecil, dengan tubuh seperti anjing pemburu baset, tetapi lebih ringan di sepanjang badan dan bertungkai lebih panjang. Lapis bulu dawainya sangat kasar kepada sentuhan, padat, dan merah gandum atau perang kekuning-kuningan, kadang-kadang dengan tanda-tanda putih pada dada.[1][2] Ia berukuran setinggi 32–38 cm (13–15 in) dan seberat 36–40 lb (16–18 kg) tetapi oleh sebab amalan berkontroversi terdahulu, iaitu pendaftaran perinduk-perinduk bercampur deripada grifon perang dan baset perang, kadang-kadang perinduk baset menghasilkan anjing dengan tungkai panjang. Ia mempunyai bulu kasar dan padat yang mungkin perlu dilurutkan. Walaupun lapis bulunya menangkis kotoran tanah dan tidak mudah kusut, ia masih perlu disikat dan diberus seminggu sekali.[3] Bulunya pada telinga adalah lebih pendek, lebih halus, dan lebih gelap daripada yang pada lapis bulu.[1][2] Telinganya mencapai hujung hidung dan tidak pula terheret di tanah dan patut dilisu. Ia patut mempunyai mata dan hidung gelap dan sebaiknya tidak ada bengkok pada tungkai hadapan. Piawaian Perancis menyatakan bahawa anjing ini merupakan baka baset dengan belakang terpendek. Maka, penampilannya pada amnya tidak begitu memanjang seperti baset British.

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian tahun 2006 mendapati pekali pembiakbakaan dalam agak rendah, iaitu pada 3.9%, angka kedua paling rendah antara sembilan baka Perancis dalam kajian itu.[4]

Baset perang Bretagne ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat glaukoma sudut terbuka primer. Suatu mutasi resesif autosom bagi gen ADAMTS17 bertanggungjawab atas keadaan ini pada baka ini.[5]

Baka ini dikembangkan di Perancis sebagai anjing pemburu daripada anjing pemburu perang besar Bretange, baka yang kini pupus. Terdapat khabar angin bahawa baset perang Breatgne juga hampir kepada kepupusan setelah Perang Dunia Kedua, dan baka ini dihasilkan semula dengan menggunakan sisa-sisa contoh baka ini dan menyilangkan baka ini dengan dachshund berbulu dawai piawai. Walau bagaimanapun, kelab Perancis menafikan hal ini, dan menyatakan bahawa bilangan baset perang tidak pernah begitu rendah. Pada tahun 2002, terdapat 1060 pendaftaran baharu bagi baset perang di Perancis.[6]

Baka ini di United Kingdom terutamanya terlihat sebagai anjing pertunjukan dan anjing peliharaan keluarga yang akhirnya meninggalkan daftar baka jarang The Kennel Club pada tahun 2007. Di United Kingdom, kurang daripada 140 ekor anjing didaftarkan pada setiap tahun.[7] Ia juga terdapat di bahagian lain Eropah dalam kegunaan untuk menjejak bau dan juga sebagai anjing peliharaan keluarga.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: باسيت ڤيرڠ بريتاڽ; Perancis: basset fauve de Bretagne; bahasa Inggeris: fawn Brittany basset
  1. ^ a b "Standard FCI N° 36 BASSET FAUVE DE BRETAGNE" [Piawaian FCI No. 36 Baset Perang Bretagne] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 5 Mei 2003. Dicapai pada 13 April 2024.
  2. ^ a b "FCI-Standard N° 36 BASSET FAUVE DE BRETAGNE" [Piawaian FCI No. 36 Baset Perang Bretagne] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh John Miller dan Raymond Triquet. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 5 Mei 2003. Dicapai pada 13 April 2024.CS1 maint: others (link)
  3. ^ "Basset Fauve de Bretagne Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Baset Perang Bretagne]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Disember 2023.
  4. ^ Leroy, Grégoire; Rognon, Xavier; Varlet, A.; Joffrin, C.; Verrier, Etienne (11 Januari 2006). "Genetic variability in French dog breeds assessed by pedigree data" [Kebolehubahan genetik pada baka anjing Perancis yang ditaksir dengan data pedigri]. Journal of Animal Breeding and Genetics (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 123 (1): 1–9. doi:10.1111/j.1439-0388.2006.00565.x. ISSN 1439-0388. PMID 16420259. S2CID 23770115.
  5. ^ Oliver, James A.C.; Mellersh, Cathryn S. (2020). "Genetics". Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN 978-1-910-44339-2.
  6. ^ Roberts, Evan L. (23 Oktober 2012). Basset Fauve De Bretagne [Baset Perang Bretagne] (dalam bahasa Inggeris). Fox Chapel Publishing. ISBN 978-1-62187-061-6.
  7. ^ "Breed Health and Conservation Plan: Basset Fauve de Bretagne" [Rancangan Kesihatan dan Pemuliharaan Baka: Baset Perang Bretagne] (PDF). The Kennel Club: Dog Health (dalam bahasa Inggeris). Julai 2020.