Pergi ke kandungan

Federico Fellini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Federico Fellini
Kelahiran(1920-01-20)20 Januari 1920
Rimini, Itali
Meninggal dunia31 Oktober 1993(1993-10-31) (umur 73)
Rom, Itali
PekerjaanPembuat filem
Tahun aktif1945–1992
Karya terkenal
  • La Strada (1954)
  • Amarcord (1973)
PasanganGiulietta Masina
(k. 1943)

Federico Fellini Cavaliere di Gran Croce OMRI [fedeˈriːko felˈliːni; fé-dé-ri-ko fél-li-ni] (20 Januari 1920 - 31 Oktober 1993) dengan gelaran merupakan seorang pengarah filem dan penulis skrip Itali.

Beliau dianggap antara pengarah filem paling terunggul dan memengaruh sepanjang zaman.[1][2][3] Salah satu filemnya La dolce vita meraih beliau Palme d'Or di Festival Filem Cannes; beliau turut dicalonkan sebanyak 12 kali dalam acara Anugerah Akademi serta menang dalam kategori Filem Bahasa Asing Terbaik sebanyak 4 kali daripada percubaan itu. Beliau turut memenangi Anugerah Kehormat Akademi Pencapaian Seumur Hidup atas sumbangannya kepada industri filem dalam Anugerah Akademi ke-65[4]

Awal hidup

[sunting | sunting sumber]

Federico dilahirkan pada 20 Januari 1920 di Rimini, sebuah bandar kecil berhampiran Laut Adriatik pada suatu masa dahulu, dan keluarganya tergolong dalam kelas pekerja. Semasa berniaga di Rimini, ayahnya Urbano menghantar isteri dan keluarganya ke Rom pada tahun 1940 untuk berkongsi rumah pangsa dengan anak lelakinya.

Kerjaya perfileman

[sunting | sunting sumber]

Senja usia

[sunting | sunting sumber]

Federico meninggal dunia di Rom pada 31 Oktober 1993 dengan umur 73 tahun selepas serangan jantung yang dialaminya beberapa minggu sebelum itu, iaitu sehari selepas sambutan ulang tahun perkahwinannya yang ke-50[5]. Federico dibesarkan dalam keluarga yang mengamalkan agama Roman Katolik dan menggelar dirinya sebagai seorang yang beragama Katolik.

Gaya pengarahan

[sunting | sunting sumber]

Walaupun Federico seringkali tidak mengambil kisah terhadap bidang politik, dia secara umumnya tidak menyukai pemikiran autoritarianisme, dan buah fikirannya ditafsirkan Bondanella sebagai sesuatu yang mempercayai "maruah dan juga kemuliaan individu". Dengan visi masyarakat yang berperibadi dan khusus, filem Federico memperlihatkan gabungan istimewa unsur ingatan, mimpi, fantasi dan keinginan.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Filem cetera
Filem antologi

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "The 25 Most Influential Directors of All Time". MovieMaker Magazine.
  2. ^ "10 Most Influential Directors Of All Time". WhatCulture.com. 2013-04-05.
  3. ^ Burke and Waller, 12
  4. ^ "Federico Fellini"..
  5. ^ Federico Fellini, Film Visionary, Is Dead at 73, nytimes.com; accessed 28 August 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]