Pergi ke kandungan

Pesawat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah pesawat Fokker 50
Sebuah kapal udara moden.

Pesawat (Jawi: ڤساوت) ialah suatu mesin yang berupaya untuk terbang di udara.

Pesawat udara tergolong dalam dua kategori:

  • Lebih berat daripada udara (aerodyne); ini termasuklah autogiro, helikopter dan pesawat udara konvensional bersayap kekal (kapal terbang).
    Pesawat bersayap selalunya menggunakan enjin pembakaran dalaman dan kipas atau enjin jet untuk menghasilkan daya tujahan. Pergerakan angin pada sayap menghasilkan daya angkat, membolehkan pesawat tersebut untuk terbang.
  • Lebih ringan daripada udara (aerostat); ini termasuklah belon udara dan kapal udara.
    Pesawat aerostat terapung di udara sama seperti kapal terapung di air, iaitu dengan menggantikan udara di sekeliling pesawat dengan gas yang lebih ringan (helium atau hidrogen), atau udara panas.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]